yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 17 June 2019

Pemberian hak milik kekal tanah berstatus pajakan, dijangka dilaksanakan tahun ini

1. PRU14 Pakatan Harapan menjanjikan pemberian hak milik kekal kepada tanah perumahan yang berstatus pajakan

2. Proses pertukaran status itu bakal dilaksanakan secara berperingkat

3. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata akan dilaksanakan secara berperingkat dengan melibatkan taman perumahan terlebih dahulu.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Saturday 15 June 2019

50,000 pengunjung dan Boosku hadir rumah terbuka Tok Mat

1. Lebih 50,000 pengunjung pelbagai kaum hadir dirumah terbuka Tok Mat

2. Majlis bermula jam 9 pagi berakhir 5 petang turut dihadiri mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

3. Laungan ‘Bossku’ menyambut kedatangan Najib pada jam 1.30 tengah hari tadi

4. Orang ramai yang hadir turut menggunakan perkhidmatan shuttle bas dan van percuma yang disediakan

5. Hadirin dijamu pelbagai juadah seperti lemang, rendang, nasi minyak, gulai daging dan cendol

6. Majlis turut dimeriahkan dengan live band

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Tuesday 11 June 2019

Meriah! Rumah terbuka MB, Bekas MB dan bakal PM Ke 8 sabtu ini, 15hb #teamrayan9

1. Majlis rumah terbuka Hari Raya Adilfitri tiga pemimpin utama akan diadakan di Negeri Sembilan pada 15 Jun ini

2. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harul bakal bertemu rakyat dalam sambutan rumah terbuka kerajaan negeri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Mjlis akan bermula dari pukul 11pagi hingga 4 petang

3. Bekas Menteri Besar dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datu Seri Mohamad Hasan akan mengadakan rumah terbuka di No. 1, Kampung Tanjung, Rantau. Majlis akan berlangsung mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

4. Ahli Par;imen Port Dickson dan juga bakal Perdana Menteri Ke 8, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan rumah terbuka kawasan Parlimen itu pada hari yang sama dari pukul 7.45 petang hingga 11 malam bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Tuesday 4 June 2019

Syafiq Kyle, pelakon drama Nur dan Nur2 balik Pilah!

1. Esok umat Islam di seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Adilfitri

2. Pelakon popular, Syafiq Kyle akan pulang ke kampung di Kuala Pilah dan akan berada disana sehingga hari raya kedua

3. Hari raya sememangnya saat yang dinantikan Syafiq Kyle kerana dapat bertemu sanak saudara

4. Syafiq Kyle amat mengemari lemang dan rendang

5. Ujar Syafiq Kyle raya dikampung lebih meriah dari di bandar kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Sunday 2 June 2019

RM29 sekilogram harga daging Mantai Perdana

1. Program Mantai Perdana akan bermula serentak bermula 3 Jun ini

2. Empat lokasi dipilih untuk pengajuran di Seremban manakala lain-lain daerah satu lokasi sahaja

3. Program Mantai di Seremban diadakan di Masjid Dato, Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat, PAKAR Paroi, Dewan Orang Ramao Dato, Shahardin Labu dan Pasar Nilai 3 Nilai

4. Bagi daerah Kuala Pilah di tapak Pasar Tani Kuala Pilah, Rembau di Dewan Agora, Tampin di Kompleks Arena dan Jempol di tapak Pasar Tani Jempol

5. Daerah Jelebu di kawasan parkir Dewan D,Sury Kuala Klawang, daerah Gemas di Dewan Orang Ramai Gemas dan Port Dickson di tapak Pasar Tani Batu 4

6. Program di Sikamat akan dirasmikan oleh Menteri Besar

7. Sebanyak 120 ekor lembu disembelih di Seremban manakala 140 ekor di lain-lain daerah bermula jam 7 pagi

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Wednesday 22 May 2019

Masjid di NS diharap lebih mesra kanak-kanak - MBN9

1. Kerajaan negeri menasihatkan agar masjid di negeri ini mengamalkan konsep mesra kanak-kanak

2. MBN9 berkata kanak-kanak yang berada di masjid perlu dilatih untuk beriktikaf dan bukanya dimarahi

3. Masjid dinegeri ini perlu mempunyai tempat untuk kanak-kanak agar ibu bapa mereka boleh bersembayang dengan selesa tanpa bimbang

4. Kanak-kanak adalah generasi akan datang yang perlu diraikan agar menarik minat mereka supaya mendekati masjid

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Monday 20 May 2019

“Projek Hard Rock Cafe di Port Dickson diteruskan” Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson

1. Projek pembinaan Hard Rock Cafe diteruskan tahun ini di Batu 7, Teluk Kemang

2. Projek tersebut perlu mematuhi syarat demi memastikan kesejahteraan penduduk tempatan dipelihara

3. Antara syaratnya, menjaga kebersihan pantai, memelihara alam sekitar, menggunakan pekerja tempatan

4. Sebelum ini penduduk setempat mendapat gambaran negatif tentang projek pembinaan HRC

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Tuesday 31 January 2017

Mahalnya rumah di Negeri Sembilan @#$%&?

MEMILIKI kediaman sendiri sudah semestinya menjadi impian setiap orang, terutama yang sudah berkeluarga.

Bagi warga Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang, harga rumah semakin meningkat sehingga mencecah jutaan ringgit, merupakan situasi biasa.

Sebab itu, kebanyakan mereka lebih senang menyewa daripada membeli rumah di ibu kota.

Lebih-lebih lagi sebahagian besar mereka di ibu kota hanya kerana faktor kerjaya dan sudah bercadang untuk balik semula ke kampung asal masing-masing sebaik saja bersara atau pencen.

Oleh kerana harga tinggi sehingga seunit rumah teres setingkat pun sudah mencecah RM300,000 hingga RM400,000 unit, kebanyakan mereka lebih gemar membeli hartanah di negeri berhampiran. Salah satunya, adalah di Negeri Sembilan.

Ya, satu ketika dulu Negeri Sembilan menjadi pilihan orang ramai untuk membeli rumah, terutama di kawasan membangun dan dekat dengan Kuala Lumpur, misalnya Nilai dan Bandar Enstek.

Malah, tidak kurang juga yang membeli rumah di Seremban walaupun bekerja di Kuala Lumpur. Tidak hairanlah, dianggarkan lebih 5,000 warga Seremban sanggup berulang alik setiap hari dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Lihat saja di hentian teksi dan bas Terminal One dan Stesen KTMB komuter, seawal jam 5 pagi sudah ramai yang beratur menunggu menaiki pengangkutan awam untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Disebabkan harga rumah di Seremban murah juga mendorong kerajaan negeri melaksanakan kempen 'Tinggal Di Seremban, Kerja Di Kuala Lumpur', kira-kira sedekad lalu.

Bagaimanapun, situasi itu mungkin dapat dilihat 10 tahun lalu, Kini zaman berubah. Sejak lima tahun kebelakangan ini, harga pasaran rumah di Negeri Sembilan, terutama Seremban terus melonjak.

Mungkin salah satu puncanya adalah akibat lambakan warga kota berhijrah ke Negeri Sembilan untuk membeli rumah yang dikatakan lebih murah.

Tidak keterlaluan dikatakan, kegagalan kerajaan mengawal harga rumah menyebabkan ia semakin naik, selain kadar faedah yang sangat tinggi dikenakan bank.

Ambil contoh di Seremban 2 yang sedang pesat membangun ketika ini, jika 10 tahun lalu, rumah teres dua tingkat berkeluasan 2,600 kaki persegi mungkin boleh didapati pada harga sekitar RM160,000 hingga RM200,000 sahaja seunit.

Sementara harga rumah Semi-D pada ketika itu rata-rata boleh didapati antara RM250,000 dan RM400,000.

Namun, limpahan kemajuan dan pembangunan serta meningkatnya penduduk di Seremban 2 menjadikan harga rumah teres dua tingkat meningkat kepada lebih RM500,000 dan rumah Semi-D meningkat kepada RM650,000 mengikut saiz dan reka bentuk.

Manakala, harga rumah teres dua tingkat dengan reka bentuk moden di Bandar Sendayan juga sudah mencecah RM600,000 ke atas.

Kebanyakan rumah teres setingkat yang mempunyai tiga bilik sudah mencecah RM250,000.

Namun begitu, tidak dinafikan keghairahan pemaju membina projek perumahan dalam bentuk moden menjadi pendorong harga terus meningkat.

Bayangkan, berapa ramai anak tempatan di Negeri Sembilan yang mampu membeli rumah semahal itu, sedangkan pendapatan mereka tinggal di negeri itu tidak setaraf harga ditetapkan.

Akhirnya, mereka anak tempatan terpaksa memilih rumah pangsa kos sederhana atau kondominium, bagaimanapun tidak dinafikan harganya juga sudah mencecah RM200,00 seunit.

Melihat kepada situasi itu, adakah masih relevan kempen 'Tinggal Di Seremban, Kerja Di Kuala Lumpur' yang dicanangkan sebelum ini?

Apakah tindakan diambil kerajaan negeri dalam mengatasi situasi ini?.

Tidak mustahil harga rumah di Negeri Sembilan bakal mencecah jutaan ringgit pada masa akan datang jika dilihat pada kegiatan spekulator mengatur harga rumah.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Tuesday 27 December 2016

‘Itu refleksi cahaya dari kamera telefon’

SEREMBAN – Berlakunya tindakan refleksi cahaya dari kamera telefon bimbit menyebabkan gambar yang diambil ketika pengebumian pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU) di Tanah Perkuburan Islam Senawang Selasa lalu, kelihatan bercahaya.

Gambar tersebut menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, beliau dimaklumkan oleh beberapa rakan yang hadir pada pengebumian Allahyarham yang mengesahkan bahawa tiada perkara pelik berlaku.

“Itu adalah refleksi cahaya dari kamera telefon bimbit yang mungkin terjadi ketika gambar itu dirakam.

“Lagipun ketika pengebumian itu, khemah yang berada di kubur Allahyarham sudah koyak. Jadi ada cahaya matahari yang masuk menerusi lubang itu dan bagi saya ia berlaku secara kebetulan lebih-lebih lagi ketika itu jam 10 pagi di mana situasi matahari terbit," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menyebarkan bahan yang boleh mengundang kekeliruan.

Sementara itu adik Allahyarham, Nazri Zainuddin, 41, ketika dihubungi Sinar Harian turut memberitahu sepanjang pengebumian, tiada perkara luar biasa yang berlaku di tanah perkuburan itu.

Katanya, mereka sekeluarga sudah mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, sejurus selepas urusan pengebumian selesai.

Terdahulu Allahyarham Mohd Khairi, 45, meninggal dunia jam 4.29 petang akibat masalah jantung.

Allahyarham yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 10 sehingga 18 tahun.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Saturday 24 December 2016

Punca Jamal sindir Siti Nurhaliza jaga air yang tidak subur terjawap

PETALING JAYA: Selepas kiriman laman sosial Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat mengkritik Datuk Seri Jamal Yunos kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi selebriti kerana masih tidak menimang cahaya mata.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.

Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.

“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.

Jamal bagaimanapun bukan individu pertama mengecam Siti. Sebelum beliau, pengguna Rafi Awang Kechik turut mengeluarkan kenyataan bersifat seksis.

Siti di laman Twitternya menyifatkan kritikan sedemikian tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.

“Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ini tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah kurniakan,” tulisnya.