yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 2 March 2015

CAT DINDING ANTI NYAMUK BAKAL DIPERKENALKAN



KUALA LUMPUR - Cat dinding anti nyamuk bakal dikomersialkan tidak lama lagi dan dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kaedah semburan dalam usaha menghapuskan nyamuk aedes sekali gus m#enangani ancaman wabak denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, teknik baru yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) itu akan membunuh nyamuk yang menyentuh permukaan dinding yang mempunyai lapisan cat berkenaan.

Antara kelebihnya cat itu, apa jua jenis nya#muk yang menyentuh dinding yang telah dicat menggunakan cat khas itu akan mati dalam masa yang singkat, iaitu dalam tempoh 10 minit.

Cat anti nyamuk itu juga mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berkesan mengurangkan bilangan nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penggunaan semburan racun nyamuk.




Bagaimanapun, pada masa ini, pihak Kemente#rian Kesihatan masih menjalankan perbincangan dengan syarikat pengeluar cat sebelum dikomersialkan untuk kegunaan industri termasuk persendirian.

“Cat mengandungi teknologi hasil penyelidikan IMR itu sesuai digunakan di bahagian dalam rumah serta bangunan. Cat itu mudah digunakan, pengguna hanya perlu mengecat di permukaan dinding seperti cat biasa dan penggunaannya tidak memudaratkan kesihatan manusia,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengumum#kan akan memperkenalkan dua pendekatan bagi menangani ancaman denggi di negara ini iaitu teknik semburan baharu Outdoor Residual Spray (ORS) dalam kawasan pembiakan nyamuk aedes dan cat dinding antinyamuk.

Inisiatif itu diambil sebagai langkah mengawal peningkatan kes demam denggi yang membimbangkan apabila mencatatkan 21,310 kes bagi tempoh Januari hingga 21 Februari lalu membabitkan 54 kematian, berbanding 13,915 kes dengan 25 kematian dicatatkan dalam tempoh yang sama bagi 2014.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment