Tanda-Tanda Awal Gearbox Kenderaan Mahu Rosak Di Rahsiakan Mekanik Yang Perlu Anda Tahu

on Monday, 11 April 2016

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.



Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-


  1. Lambat menukar minyak gear
  2. Tidak pernah tukar filter auto
  3. Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
  4. Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
  5. Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
  6. Tidak pernah menambah minyak gear


Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-


  1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
  2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)
  3. Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4
  4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
  5. Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
  6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar
  7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.


Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-


  1. Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
  2. Tukar minyak auto
  3. Tukar mounting gearbox
  4. Tukar pin pada panel gear
  5. Tukar kedua-dua oil seal gearbox


Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

EP90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi. Manakala, untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 30 comments... read them below or add one }

Steven Lim said...

Auto filter tu apa.. boleh explain? besa makanik tukar itu auto gear oil saja


16 April 2016 at 12:33
Steven Lim said...

Auto filter tu apa.. boleh explain? besa makanik tukar itu auto gear oil saja


16 April 2016 at 12:33
KC said...

Ada filter kat dlm gearbox auto, ada sebahagian jenis kereta blh tukar tapi ada juga yg kena overhaul gearbox baru blh tukar


16 April 2016 at 21:25
DR ADAM ABDULLAH said...

Please recommend the best service centre or mechanic to attend my Perdana V6 2006.


17 April 2016 at 02:17
maeverix said...

Google Ninety One Auto Service,located in Taman Bukit Teratai, Ampang. Owner is Mr Jimmy, very knowledgeable in auto gearboxes. Recently had my Perdana v6 there.


17 April 2016 at 18:22
Faez D Lafee said...

Info yang sangat berguna. Mind if I share it in my blog? Saya akan letak sumber dan link sekali.
www.thefaezdlafee.blogspot.my


17 April 2016 at 20:31
kown roll said...

Mounting engine dan mounting gerbox beza ke?


18 April 2016 at 23:38
Azlina Ahmad said...

Mag Auto Garage 0193874976 shah alam and senawang


20 April 2016 at 14:24
apai said...

Berbeza. Mounting engine adalah bushing yang memegang bahagian engine manakala mounting gearbox adalah bushing yang memegang bahagian diantara gearbox.


26 May 2016 at 10:24
apai said...

Berbeza. Mounting engine adalah bushing yang memegang bahagian engine manakala mounting gearbox adalah bushing yang memegang bahagian diantara gearbox.


26 May 2016 at 10:25
zeff said...

pandai2 je cakap mekanik rahsiakan, sendiri yg malas ambik tau


27 May 2016 at 08:21
zeff said...
This comment has been removed by the author.
Kamalqr said...

Pencerahan terbaik dari admin.

Kepada sahabat-sahabat yang berhampiran Sentul KL, anda boleh berkinjung ke premis saya untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat percuma bekenaan kereta anda.

PB Maju Automotif
780 Jalan Sentul
Tel 03-40501312
WhatsApp : 0173713405

Atau cari kami di FB : KedaiTayarBumiputra.

Tq.


28 May 2016 at 20:35
Kamalqr said...

Pencerahan terbaik dari admin.

Kepada sahabat-sahabat yang berhampiran Sentul KL, anda boleh berkinjung ke premis saya untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat percuma bekenaan kereta anda.

PB Maju Automotif
780 Jalan Sentul
Tel 03-40501312
WhatsApp : 0173713405

Atau cari kami di FB : KedaiTayarBumiputra.

Tq.


28 May 2016 at 20:36
Muhamad Ropi Awang said...

Honda stream ada filter auto jg ke?
Kalau ada berapa harga... minyak gear selalu tukar tp filter tak pernah tukar..


30 May 2016 at 18:50
Muhamad Ropi Awang said...

Honda stream ada filter auto jg ke?
Kalau ada berapa harga... minyak gear selalu tukar tp filter tak pernah tukar..


30 May 2016 at 18:50
Terence Dundee said...

Semua auto gear ada filter


1 June 2016 at 15:05
Anonymous said...

Kalau gear auto xleh nak letak ke P,apa masalahnya ye.dia jd stuck.xleh masuk ke P.kena guna gear N je untuk park kete.


15 June 2016 at 20:41
azizi said...

Di mana kedudukan pin gearbox..pada saya seal gearbox juga penting utk diganti kalau kereta dah berusia 7 tahun ke atas.kereta saya bocor seal ni tanpa di sedari..sebab ia hanya akan keluarkan minyak apabila berjalalan dalam rpm tinggi .


28 July 2016 at 14:31
mohd izham dahalan said...

Filter untuk minyak gear box.. Biasa untuk gear auto


1 August 2016 at 11:58
mohd izham dahalan said...

Filter untuk minyak gear box.. Biasa untuk gear auto


1 August 2016 at 11:58
Fariq Nazmi Mn said...

Auto filter nie berada d atas oil sump gearbox...dia mcm filter minyak hitam jgk tp nipis...


1 August 2016 at 12:40
Fariq Nazmi Mn said...

Auto filter nie berada d atas oil sump gearbox...dia mcm filter minyak hitam jgk tp nipis...


1 August 2016 at 12:41
ahmad ridwan hamzah said...

facebook.com/newprotoncarsjohorbahru


2 August 2016 at 01:27
Site Master said...

slip cuma slh satu dr simptom yg diceritakan dlm artikel.bkn keseluruhan masalah tu dipanggil slip.utk myk auto plk x sama setiap gearbox.rujuk manual.amaran, sstgh gearbox sgt cerewet dgn jenis minyak


2 August 2016 at 08:31
Bobby Mark25 said...

Mau tanya apa masalah apabila sy masukan gear D dari N.. lambat respond gear.. kereta lambat gerak..


18 October 2016 at 18:25
ismail said...

saya pakai preve turbo cvt...dah 3 kali gearbox buat hal..hantar SC dia kata speed sensor..tu petanda gearbox nak rosak ke atau sensor tu aja yg buat hal ya?


4 July 2017 at 13:31
Amirul Hakimi said...

Setahu sy speed sensor proton bru jka ad mslh ..hnya akn timbul lampu abs....brapa lama dh usia kereta..?


1 August 2017 at 05:01
Amirul Hakimi said...

Setahu sy speed sensor proton bru jka ad mslh ..hnya akn timbul lampu abs....brapa lama dh usia kereta..?


1 August 2017 at 05:02
Christian Morgan said...

Berikut adalah penyelesaian terbaik untuk kebebasan kewangan, membuat tahun anda berjaya dengan melawat perkhidmatan pinjaman christian morgan di mana anda boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan impian anda tanpa tekanan dan mendapatkan pinjaman anda diluluskan dalam satu minggu. Adakah anda sedang mencari pinjaman? Atau adakah anda pernah menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab? Anda mempunyai tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Kami memberi pinjaman kepada syarikat dan individu dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Sila hubungi kami melalui e-mel hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com

DATA PEMOHON:

1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) negara:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Jawatan di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Bilangan Pinjaman Diperlukan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Kadar Faedah:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon;
16) tarikh lahir;

Terima kasih,
Puan Christian


1 August 2017 at 22:25

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved