yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 11 April 2016

Terang Lagi Bersuluh. PM Najib Panglima Orang Islam



SEREMBAN - Datuk Seri Najib Razak, disifatkan sebagai Panglima Perang Orang Islam oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abd Aziz Kaprawi kerana terpaksa menyimpan banyak rahsia.

Keadaan itu mungkin telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang terus menerus melemparkan tuduhan terhadap Najib.

"Kita patut menyokong dan menyanjung Perdana Menteri. Adakah kita patut kita nak menjatuhkan beliau yang diamanahkan mengetuai jentera perang kita?

"Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan itu perlu dirahsiakan," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Berkenaan isu derma RM2.6 bilion, isu itu sudah dijelaskan dan sepatutnya tidak lagi ditimbulkan.

"Sebenarnya ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment