yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 19 May 2016

Punca Rakyat Hina Kerajaan Akan Disekat Dari Keluar Negara Terjawap



PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang didapati menghina Kerajaan dalam apa jua cara akan disekat dari keluar negara selama tiga tahun.

Begitu juga bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara jika didapati melakukan perkara yang sama, akan dikenakan tindakan yang sama selepas mereka kembali ke negara ini.

Lapor The Star hari ini, Jabatan Imigresen telah menguatkuasakan peraturan tersebut sejak beberapa bulan yang lalu sebagai langkah menjaga imej baik negara ini.

"Mana-mana individu yang memburukkan kerajaan dalam apa jua cara akan disekat dari keluar negara.

"Hanya Pengarah Jabatan Imigresen sahaja yang mempunyai kuasa untuk melepaskan mereka yang memohon rayuan," kata sumber serta menambah bahawa jabatan itu akan bertindak sekiranya ada permintaan dari agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi mengesahkan wujudnya peruntukan seperti itu sambil menambah pemilik Pasport Antarabangsa Malaysia adalah satu keistimewaan dan bukan hak.

"Pasport Antarabangsa Malaysia adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan di bawah naungan Yang DiPertuan Agong.

"Jadi, Kerajaan mempunyai budi bicara sama ada isu, menangguhkan atau membatalkan dokumen perjalanan," katanya.

Namun Sakib tidak dapat memberikan statistik berapa ramai rakyat Malaysia yang telah dikenakan sekatan itu atas alasan memburukkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, individu yang diisytiharkan muflis, mempunyai kes, belum membayar pinjaman kerajaan akan dihalang keluar negara.

Ditanya sama ada rakyat Malaysia yang dikenakan sekatan ini boleh mencabar keputusan itu di mahkamah, Sakib berkata mereka tiada hak berbuat demikian.

Menurutnya, Kerajaan telah menyenaraikan kesalahan pada 1995 yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia dihalang dari keluar negara.

Individu yang melakukan jenayah sama ada di negara atau di luar negara, sengaja merosakkan pasport dan mengunjungi Israel tanpa kebenaran adalah antara kesalahan yang disenaraikan.

Mereka boleh disekat dari keluar negara antara dua tahun hingga 10 tahun.

Berdasarkan peraturan baru itu juga sumber berkata, rakyat Malaysia yang ditangkap dan didapati tinggal melebihi tempoh, melakukan jenayah, bekerja tanpa permit sah di luar negara juga akan disekat keluar negara untuk tempoh dua tahun.

"Senarai nama pesalah akan disenaraihitamkan," katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment