yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 22 November 2016

Kanak-kanak maut termakan ubat darah tinggi di Jelebu



JELEBU - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut akibat termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya di Simpang Pertang, di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Lee meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah, kira-kira 1 petang setelah mengalami muntah-muntah sejurus termakan ubat berkenaan.

Menurut sumber, mangsa sebelum itu menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkanya gula-gula.

Katanya, kejadian disedari ibu mangsa apabila mendapati kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah yang luar biasa.

“Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk.

“Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja.

“Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik itu merupakan seorang yang periang.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment