yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 12 November 2016

Negeri Sembilan antara terima pelancong teramai



PORT DICKSON - Negeri Sembilan melonjak ke kedudukan nombor tiga teratas menerima kehadiran pelancong tempatan paling ramai tahun lalu selepas Perak dan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar berkata, direkodkan seramai 6.1 juta pelancong tempatan datang melancong ke Negeri Sembilan seperti mana yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan.

Beliau yang juga Adun Bagan Pinang berkata, sebelum ini, kejayaan berada di kelompok ke tiga menerima kehadiran pelancong tempatan paling ramai merupakan usaha semua pihak kerajaan negeri, agensi pelancongan dan juga penggiat industri termasuklah masyarakat Negeri Sembilan yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelancong.

“Ini adalah pencapaian terbaik dan merupakan kejayaan kita semua, pelbagai usaha secara bersama perlu dilakukan dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan momentum tersebut ke tahap yang lebih baik lagi.

“Jumlah 6.1juta pelancong tempatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan itu adalah jumlah yang datang dan menginap di negeri ini sementara mereka yang datang dan balik hari (tidak menginap) dikategorikan sebagai pelawat dan jumlahnya juga ramai.

“Kita juga mencatatkan hampir 1 juta pelancong antarabangsa tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada pemenag Pertandingan 4x4 Wanita Peringkat Antarabangsa di sebuah hotel di sini malam semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharudin Jali dan Pengasas Pertandingan 4X4 Wanita Peringkat Antarabangsa, Narimah Samat Said.‎

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment