yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 9 December 2016

Punca santan naik harga dan dijual RM11.00 sekilo terjawap akhirnya



REMBAU - Rata-rata pengguna di daerah ini melahirkan rasa terkejut dan kecewa mereka apabila tersebarnya kiriman gambar kain rentang yang memaklumkan harga santan di daerah berkenaan bakal dijual dengan harga RM11 bagi sekilogram, bermula esok.

Seorang pengguna, Muhammad Zul Adha Bahari, 31, yang merupakan anak jati Rembau berkata, harga barang mentah di daerah ini sangat melampau dan jauh lebih mahal dari harga yang dijual di sekitar Sri Hartamas atau UK Heights, Kuala Lumpur.

“Saya pun bila balik kampung terkejut dengan harga barang mentah ini. Ibarat menambah cuka ke luka. Rata-rata rakyat Rembau adalah dari golongan sederhana tetapi harga barang mentah jauh lebih mahal dari golongan yang duduk di kawasan bandar.

“Oleh itu, saya sangat berharap agar pemantauan bukan sekadar menentukan harga siling semata. Apalah gunanya Jabatan Perangkaan kalau analisis pendapatan penduduk tidak dapat digunakan dalam menentukan harga pasaran,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Seorang peniaga makanan berusia 50-an yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, sejak dari minggu lalu lagi sudah ada ura-ura harga santan akan dijual RM11 sekilogram.

“Peniaga santan kata mereka tak boleh nak elak naikkan harga sebab kelapa yang mereka dapat dari sebelah utara dah jadi mahal. Jadi tak dapat nak elak naik harga.

“Tapi, sebagai peniaga makanan kami seolah-olah tersepit dan tahu akan mendapat reaksi kurang senang masyarakat sekiranya menjual makanan dengan harga yang mahal.

Menurutnya, harga santan sebelum ini hanya sekitar RM7.50 hingga RM8 sekilogram.

“Jadi nak tak nak harga makanan pun terpaksa naik lebih-lebih lagi orang Rembau ni memang tak boleh lari dari guna santan, nak buat masak lemak cili api.

“Saya harap sangat agar pihak bertanggungjawab dapat memantau masalah ini bagi kebaikan bersama lebih-lebih dengan keadaan kos hidup yang sangat tinggi pada masa kini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, maklumat yang dipaparkan di dalam kain rentang berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan harga santan ditentukan harga pasaran.

Bagaimanapun, katanya,  pengguna boleh mengetengahkan aduan kepada KPDNKK sekiranya mendapati kenaikan berkenaan melampau, malah pihaknya juga akan menyemak kenaikan berkenaan jika terdapat sebarang unsur pencatutan.

“Kita akan ambil tindakan sekiranya terdapat unsur pencatutan dalam kenaikan harga santan ini. Dulu harga santan pernah dikawal tapi tiada standard dari kepekatan santan kerana lain pengusaha lain mesin digunakan.

“Berdasarkan harga pasaran santan, harga minima yang ditawarkan adalah RM6 dan maksimum adalah RM11.50 di seluruh negeri ini," katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment